Followers

Wednesday, 6 March 2013

Pancake Pisang

Assalamualaikum w.b.t....Antara  menu yang mudah disediakan, menarik dan menepati selera di pagi hari adalah pancake...hihihi...hari ni nak share satu lagi resepi pancake...mudah, ringkas dan sedap...Pancake Pisang...kalau yg tradisionalnya kita panggil Lempeng Pisang...tapi pisangnya dilenyek halus, ditambah tepung, garam dan gula berintikan kelapa parut...tapi yang ni sangat simple dan diberi sentuhan barat dengan makan bersama sos coklat....




Kebetulan cik abang ada beli sesikat Pisang Berangan...sebab pisang mmg favourite my kids...so mama ambik 3 biji utk buat pancake ni...pisangnya memang besar...sesikat harganya dekat RM10.00...sebiji pisang dah dekat sama dengan harga sebiji epal...hebat penangan buah tempatan ni...hehehe...tapi kalau beli kat pasar tak sampai harga tu...ni sebab beli kat kedai runcit area rumah ni jer...harga boleh tahan la....




Jika ada yang berminat nak mencuba...berikut resepinya ya..
Resepi asal dari Buku Resepi ‘Sarapan Pagi & Minum Petang’ oleh Chef Hussin Khan
Bahan-bahan:
  • 3 biji pisang emas/berangan (dihiris nipis menyerong)
  • 1/2 cawan tepung gandum (saya guna lebih kurang 1 cawan)
  • 2 sudu makan gula
  • 1 biji telur
  • Sedikit marjerin
  • Secubit garam
  • Air secukupnya 
Cara membuat:
  • Campurkan tepung gandum, telur, gula, garam dan air. Gaulkan menjadi bancuhan tepung yang sebati.
  • Panaskan kuali non-stick dengan meletakkan marjerin sebelum dituangkan sedikit bancuhan pankek ke atasnya.
  • Letak hirisan pisang di atas bancuhan dan pastikan ia masak di kedua-dua bahagiannya.
  • Enak dimakan bersama kaya, madu dan buah-buahan segar...tapi saya makan dengan sos coklat...

No comments:

Post a Comment