Roti Kobis


Assalamualaikum w.b.t....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...moga kita sentiasa dibawah rahmat Allah dan tergolong dalam golongan umat yang mendapat shafaat dari Nabi junjungan kita....

Alhamdulillah...hari ni berkesempatan nak share satu resepi baru...Roti Kobis....memang first time cuba...dan rasanya memang sedap...ala2 gabungan rasa karipap dan murtabak....



Bila survey resepi intinya menggunakan rempah kurma dan beberapa rempah lain...tapi saya dah olah sikit menggunakan seminimum bahan yang boleh...tapi tetap sedap...InshaAllah.....

 ROTI KOBIS
 (sumber resipi - Hajjah Faridah Begum Abd Shukur/Buku Masakan ALMAS)

BAHAN "A" - INTI

1 sudu makan rempah kurma*saya tukar dgn kari ikan
2 sudu makan ketumbar biji *saya guna dalam 1 sudu shj
1 sudu makan jintan halus (biji) *saya tak guna
1 sudu makan jintan manis (biji)
1 ibu jari kayu manis*saya tak guna
6 kuntum bunga cengkih *saya tak guna
3 biji bawang putih
1 ibu jari halia
(kesemua bahan dikisar halus)*saya tumbuk guna lesung jer

300 gm daging cincang, dicuci dan ditoskan
2 biji bawang besar, didadu
Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya


CARA MEMBUAT INTI
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging, gaul rata dan tumis sehingga kering. Masukkan bawang besar dan masak selama 15 minit. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan masak selama 10 minit lagi. Perasakan dgn garam dan gula. Setelah masak matikan api dan ketepikan.


BAHAN "B" - DOH
300 gm tepung gandum
2 sudu makan minyak sapi
1/2 gelas air
1/2 sudu teh garam
(kesemua bahan disatukan dan uli hingga lembut)

5 biji telur, dikocok*saya guna 2 biji telur pun dah cukup
Minyak yg banyak utk menggoreng


BAHAN "C" - HIASAN
5 btg lada hijau, dihiris
5 btg lada merah, dihiris
Daun salad dan timun secukupnya


CARA MEMBUAT ROTI KOBIS
Panaskan minyak yang banyak didalam kuali. Ambil sedikit tepung dan canai sehingga menjadi bulatan 7 cm. Ketepikan. Ambil lagi sedikit tepung dan canai hingga menjadi bulatan 10 cm. Buat lagi beberapa bulatan, setiap kali ukurannya bertambah 3 cm.

Taburkan sedikit inti dipermukaan bulatan pertama 7 cm dan tuangkan 2 sudu makan telur. Bulatkan seperti kuih pau. Goreng sehingga kekuning-kuningan, angkat dan ketepikan. Letakkan roti yang baru digoreng tadi diatas bulatan doh kedua 10cm. Sapukan telur dipermukaan doh, tabur sedikit inti dan bulatkan seperti kuih pau lagi. Goreng hingga kekuning-kuningan dan angkat.

Buat cara yang sama kepada doh yang lain, sehingga menjadi bebola besar. Semasa menghidang, belah rotinya, yang berkelopak seperti kobis dan hias cantik. Enak di makan dengan sos cili.



Sedap untuk hidangan minum petang....



Comments

Post a Comment