Nasi Ambeng



KOMPENON DALAM HIDANGAN NASI AMBENG

Nasi Putih
Mee Goreng
Sambal Goreng Jawa
Ikan Masin Bulu Ayam
Seruding Kelapa Jawa
Ayam Masak Kicap




Semua hidangan basic, rata-rata dah tau...so share resepi macam mana nak buat Serunding Kelapa Jawa dan Sambal Goreng Jawa
 
 
SERUNDING KELAPA

1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa

Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanyer biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.



SAMBAL GORENG JAWA
 
Bahan-bahan
1 keping tempe (dipotong letak garam kunyit & digoreng)
2 biji kentang (dipotong mcm fun fries digoreng)
1 cekak soun (yg macam bihun tu...direndam dulu)
1 keping fucuk (direndam dulu)
 3 tangkai cili kering dihiris halus
Sedikit Udang basah/udang kering sbg perencah
1/2 cawan air asam jawa
1/4 cawan santan kelapa (option jika nak sambal goreng agak lembab sikit)
1 ulas bawang merah besar (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus memanjang)
2 cm halia (dihiris halus memanjang)
Kicap manis, garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan hirisan cili kering.
2) Masukkan fucuk, soun, tempe dan kentang goreng tadi. Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
3) Masukkan kicap sedikit, garam dan gula secukup rasa. Goreng hingga kering. Jika nak lembab bolehlah masukkan santan pekat sikit. Dah agak kering bolehlah angkat.





Comments

  1. Sedapnya....sy sbnrnya nk cr resepi roti kobis tp x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aziedarling...resepi kobis ada di ruangan roti..

      Delete
  2. hmmmmmm...dap..dap...dap...sedaaaaapppp!!!

    ReplyDelete

Post a Comment