Followers

Sunday, 26 October 2014

Roti Sarang Lebah Butterscotch


Alhamdulillah...ini merupakan resepi kedua yg saya perolehi daripada pembelian BM....cantik juga kejadian rotinya....lembut...




Bahan-bahannya :

500 g tepung roti
10 g yis
1 sb bread improver
60 g mentega
2 biji telur
60 g gula castor
50 ml dadih/yogurt/susu pekat/susu tepung
150 ml susu segar/ air sejuk (campur susu segar jika nak soft)
1 sk ovellete
1 sk garam

Cara membuatnya :

1- Masukkan semua bahan dalam BM. Tekan menu 8.
2- Biarkan doh diadun dan diuli hingga mengembang.
3- Bila doh dah siap dan BM padam. Boleh bulatkan kecil2.
4- Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda dan sapukan telur dengan taburkan hiasan hirisan badam, kuaci, biji labu, keju etc.
5- Pastikan oven betul2 panas baru masukkan doh dan masak dgn 200c selama 20 minit.
6- Angkat dan sejukkan baru hias dgn topping butterscotch.



Topping Butterscotch

350 g gula kastor
300 ml UHT whipping cream
100 g mentega
100 g coklat putih

Cara membuatnya :

1- Masak dan gaul gula hingga keperangan.
2- Perlahankan api, tuangkan UHT whipping cream. Kacau sebati.
3- Masukkan mentega dan coklat putih. Kacau sebati dan sejukkan sebelum dihias atas bun.

No comments:

Post a Comment