Assalammualaikum w.b.t..........Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dengan nikmat Allah yg tak ternilai.....dikala tanahair diasak pelbagai ujian dan dugaan.......sayu hati menyaksikan mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur....hanya doa yg mampu ku panjatkan...moga segala urusan mereka dipermudahkan dan selamat hendaknya......tak terjangkau difikiran ini jika diri ini berdepan dengan musibah sedemikian...tinggal sehelai sepinggang.....balik dari pusat pemindahan banjir...lihat rumah ranap ditelan bah.....Mashaallah....moga mereka tabah dan kuat iman dalam mengharungi ujian ini....
Hanya ingin berkongsi resepi mudah....tetapi sangat suka....rasanya semua spesis cendawan saya suka...cendawan tiram, kukur, inoki, straw dan yg ini pula cendawan shitake.....resepi yg paling masuk utk cendawan ini tentunya buat masak sos tiram....
Inilah rupa parasnya....cara nak masak pun ringkas sahaja.....campurkan dengan beberapa sayur lain untuk variasi warna...jika tak bosan pulak....hitam jer...dahlah kuah pun hitam...hihihi....
Bahan-bahannya:
5-6 biji cendawan shitake dipotong nipis
1 batang carrot dipotong serong
1 brokoli di potong kecil
1 inci halia muda dihiris nipis
4-5 tangkai cili kering di potong
2-3 ulas bawang putih
3 sb sos tiram
2 sb tepung jagung
Kicap manis, air dan minyak menumis secukupnya
Caranya
1- Tumis bawang putih, halia dan cili kering.
2- Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3- Masukkan cendawan dan carrot.
4- Masukkan kicap manis ikut suka nak hitam mana. Tambah air biasa dengan bancuhan tepung jagung.
5- Kacau rata, masukkan brokoli dan perasakan sedikit garam.
5- Mengelegak sahaja bolehlah tutup api.
Comments
Post a Comment