Followers

Sunday, 28 December 2014

Roti Garlic Nan Cheese


Kalau dulu rasa agak mustahil nak buat Roti Nan....yelahhh...mana ada pasu nak masak Roti Nan ni....hehehe...tapi jika nak seribu daya....google2 taklah sesusah mana pun jika nak buat....cuma pasunya tak adalah ya....atas pan seramik jer sudah....huhuhu...janji hasilnya mantopppp....hehehe....ni resepinya...tapi dah lupa sumbernya dari mana...harap owner resepi halalkan..sebab tak letakkan sumber dari mana.....

Bahan-bahannya:

5 cawan tepung gandum
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu makan yis
1 cawan susu segar
1/2 biji jus lemon/cuka
2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Sedikit air.

Cara-cara membuatnya:

Rendamkan yis ke dalam 1/2 cawan air suam hingga kembang.
Campurkan susu segar dengan lemon juice.
Dalam bekas yg berasingan, campurkan tepung gandum dan tepung naik sendiri dengan gula dan garam. Gaul rata.
Masukkan minyak zaitun dan campuran susu lemon. Gaul tepung tu.
Buatkan lubang di tengah2 tepung tadi, masukkan yis yg dah kembang. Uli.
Jika adunan terlalu kering utk dijadikan doh, masukkan air sehingga adunan menjadi doh.
Biarkan selama sejam dengan ditutup dengan tuala basah.
Setelah sejam, tumbuk doh tadi utk mengeluarkan udara yg terhasil dari yis. Uli sekali lagi.



Meleleh aitr liur tengok cheese yg mencair dalam Roti Nan ni....kalau nak tau cara yg saya buat macam gambar-gambar ni...harap membantu.....






No comments:

Post a Comment