Chocolate Creepe Ala Dip N Dip



Alhamdulillah...pejam celik pejam celik....dah masuk tahun kelima saya berblog.....walaupun blog masakan biasa-biasa sahaja....tetapi besar hajat agar dapat dimanfaatkan oleh anak perempuan tunggal mama Rusydina Safiyyah....mahupun buat anak-anak teruna mama Raziq Syamawi, Razin Syaqirin dan Raqin Syarahil...koleksi resepi-resepi mama ini moga menjadi panduan buat mereka bila mereka rindukan airtangan mama nanti.......Alahai...sayulah pulak...hihihi.....



Minggu lepas berpeluang menikmati aneka dessert creepe di restoran Dip N Dip.....memang heaven...tetapi rasa tak puas makan...maklumlah yg kanak2 riangnya ramai..... balik rumah esoknya saya bereksperimen sendiri.....kita buat creese ala Dip N Dip.....jeng...jeng...jeng....hehehe....dan inilah hasilnya...tiga jenis creepe iaitu....chocolate creepe.....fetuchini creepe with ice-cream dan wrapper creepe.....



Creepe

Bahan-bahannya:

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

1) Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam kemudian diayak.
2) Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul.
3) Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi. Kacau rata hingga sebati.
4) Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin,
5) Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata.Kemudian tapis. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
6) Sediakan kuali leper yang tak melekat. Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu di balikkan. Terus angkat.

1- Creepe Biasa...just letak atas pinggan...jadikannya empat segi dengan masukkan ke bawah lebihan creepe seperti ini.

2- Creepe Futuchini....just gunting2kannya...sebesar saiz kewtiau.....letakkan ais krim ditengahnya...dan tuangkan coklat.....

3- Wrap Creepe...masukkan buah-buahan didalamnya....tuangkan coklat dan bungkus.....

Comments

  1. salam... nak tanya 2 jenis coklat tu sis guna coklat apa ye?

    ReplyDelete
  2. Boleh tak buat tutorial coklat dip n dip ni? Respon pls

    ReplyDelete

Post a Comment