Apam Gula Hangus





 Alhamdulillah...dapat cuti sehari sempena cuti Thaipusam...kalau dapat cuti semalam dapatlah merasa straight cuti 4 hari...tapi apakan daya...kena kerja.....so manfaat cuti sehari hari ni...tak ke mana-mana...cuma berehat di rumah sahaja....


Bersempatan mencuba resepi Apam Gula Hangus buat minum petang...teksturnya amat lembut dan gebu...cuma mana yg suka manis resepi agak kurang manis...just nice.....




BAHAN-BAHAN :
1 cwn gula
1 cwn air
1 cwn majren
3 cwnt,gandum
1/2 cwn susu cair/tepung
1 sd soda bicarbonat
2 biji telor
2 sd gula

CARA-CARA :
1) 1 cawan gula dihanguskan dan dicampurkan 1cawan air
2) Campur dan kacau sehingga sebati kesemua bahan berikut :

a) 1cwn majren
b) 3cwnt,gandum
c) 1/2 cwn susu cair/tepung
d) 1sd soda bicarbonat
e) 2biji telor
f) 2sd gula
3) isi loyang dan kukus 40 minit


Comments