Apam Labu


 Lama dah mengapam....teringat ada separuh labu dalam peti ais...cadang nak buat masak lemak.....tak buat2 lagi....so dari kering dalam petai ais....teringat lak nak try buat Apam Labu....Alhamdulillah cantik kejadiannya...cuma tak ada kelapa parut jer sb gandingan... : p



            

Apam Labu

Bahan-Bahannya

2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1/4 cawan ( suku cawan) minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan labu yang telah dilenyek
1/2 cawan susu santan@ susu segar
beberapa titik esen vanila


Cara-caranya

1. Rebus atau kukus labu hinga empuk, kemudian lecek hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang dan masukkan ovallete, pukul lagi.
2. Selepas itu masukkan labu yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan santan kacau sebati.
3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam labu tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam labu naik cantik apabila siap dikukus nanti.




Comments