Followers

Sunday, 1 February 2015

Siakap Steam



 Semalam ke Tesco beli barang-barang untuk bento anak minggu ni...jumpa ikan siakap fresh....teringat pulak...kalau fresh ni...sedap buat masak stim....boleh naik stim makan nasi ni...hahaha...so tengahari ni...terus decide buat Siakap Steam....Alhamdulillah beria anak-anak puji sedap....padahal buatnya senang jer...cuma nak siang ikan ni leceh sikit...sure jari mama luka time nak buang sirip keras ikan ni.....


Siakap Steam

1 ekor siakap
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris
2 biji cili padi dipotong halus
1/2 biji carrot dihiris halus
2 biji cendawan shitake dihiris nipis
1 tangkai daun bawang dipotong halus
3 keping asam keping
2 sb sos tiram
1 sb serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

1- Bersihkan ikan dan lumurkan garam dengan sekata.
2- Masukkan semua bahan satu persatu dan kukus hingga masak.
3- Jika nak kuah sikit boleh tambah air sedikit sebab ikan akan mengeluarkan airnya sendiri.


No comments:

Post a Comment