Followers

Sunday, 24 May 2015

Kuih Dangai



Kuih ini tak berapa terkenal... Rasanya orang utara jer yang familiar...saya pun terjebak buat bila resepi kuih ini lalu di wall facebook saya... tengok senang jer.....barang dan bahan pun memang ada....terus try buat...




Resepinya mudah sahaja...campurkan tepung pulut, gula dan garam dalam kelapa....kacau rata..kemudian bakar dengan roti toaster.....baunya wangi satu rumah.....
Kuih Dangai

 Bahan-bahan
4 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jangan biar kelapa berketul-ketul.
2. Asingkan sedikit utk jadikan inti dan lebih sedikit manis.
3. Masukkan yg masin dahulu kemudian inti dan tutup balik dgn kelapa yg masin sedikit.
4. Bakar dalam toster roti jer..


3 comments:

  1. cntik kemas je, kak ruby suka ni, kak ruby pun org utara gak hihihi.....

    ReplyDelete
  2. salam singgah

    wah tak pernah try la senang pulak tu

    ReplyDelete