Followers

Monday, 5 September 2016

Kek Marble Kapten Mukriz



 
Terasa nak makan Kek Marble sebab dah lama tak buat....kena dengan butter dan kelembapan kek dengan penggunaan sedikit tambahan susu...sure sedap dan wangi baunya.....butter yang sedap sure menggunakan butter yang mahal....tapi buat kali ni ada buttercup jer...jadilah...sedap jugak...hehehe.....alang kepalang tengah viral kek marble sayangku kapten mukriz...so akak pun buatlah kek ni untuk minum petang...yummeh...
 
 
 
 
 
KEK MARBLE KAPTEN MUKRIZ
==========================
 
Bahan-bahannya:
 
250 gm butter jenama Anchor-saya guna Buttercup

2 cawan tepung naik sendiri-saya gantikan dengan 250 gm tepung superfine/gandum pun boleh diayak bersama 1 sdt baking powder

220 gm gula castor

4 biji telur gred A-saya guna saiz sederhana

1 sdb ovellate

1 sdb esen vanila/perasa yg anda suka..utk hijau saya guna perisa pandan..coklat saya guna serbuk coklat extra sikit bagi gelap...

2 sdb susu segar-saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air dan guna 4 sdb

1 bekas utk coklat guna 1 sdb serbuk koko

 1 bekas hijau tua..guna color hijau dan sedikit color biru


 1 bekas hijau muda


 1 bekas warna asli tanpa pewarna


Cara-caranya:

1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.

2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.

3.Bahagikan kepada tiga bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna coklat, satu bahagian warna asli, satu bahagian hijau tua dan satu bahagian hijau muda.

4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.

5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.

Selamat Mencuba! 😋😋😋


 

No comments:

Post a Comment