Followers

Saturday, 3 September 2016

Lele Penyet


Assalamualaikum wbt....
 
Lamanya tak bersiaran...dapat buka blog dan update juga satu rezeki Allah bagi kerana kelapangan masa dan kerajinan nak menaip....untuk resepi kali ni memang kena usahakan....sebab nak simpan resepi ni...inshaallah sedap dan sama rasa macam lele penyet kat wong solo..hehehe...

 


RESEPI IKAN KELI PENYET

Bahan2 utk lele/keli penyet
:

 3-4 ekor ikan keli yang siap dibersihkan
 2 sudu besar tpg beras
 
2 ulas bawang putih*
 2 biji buah keras*
1/2 sudu besar ketumbar*
Serbuk kunyit*
sedikit halia*
garam *
sedikit gula 1 biji telor

Cara-caranya:


1. Bersihkan lele/keli kemudian perah sedikit lemon atau limau nipis..biarkan seketika kemudian bersihkan dgn air

2. Tumbuk lumat bahan bertanda* halia, bawang putih, ketumbar, buah keras dan sedikit garam.

3. Masukkan semua bahan yg ditumbuk, perasakan dengan garam dan sebuk kunyit. perap dalam 30 minit.

4. Pecahkan sebiji telur dalam beka sikan, kacau rata. Tabur  dan kacau rata tepung beras.

5.Goreng dalam minyak panas sehingga masak...

6. Lebihan adunan yang ada tu boleh digunakan tuk membuat serdak.. hanya goreng aje adunan dlm minyak yang panas.. kalau adunan banyak boleh goreng 2kali ..goreng hingga garing
dan tabur atas ikan yang siap digoreng garing.





Untuk sambal :

Goreng cili padi, cili merah, bawang merah dan belacan.
Tumbuk kasar letak garam dan gula.






No comments:

Post a Comment