Lamb Stew a.k.a Stew Kambing


 
Assalamualaikum wbt....penatnya rasa hari ni...tapi nak save juga resepi ni....lenkali nak buat boleh refer balik.... resepi terbaik untuk Lamb Stew aka Stew Kambing....bek..bek..hahaha...




 
 
Stew Kambing/Daging @ Suzie's Kitchen

1 biji bawang holand dipotong dadu

1 ulas bawang putih dicincang
1-2 kiub ayam/rajin buat stok sendiri
Sos Cili + Sos Tomato + Sos Tiram
2 sdb tepung gandum dibancuh sedikit air
1 sdb lada hitam ditumbuk halus
Kentang
Carrot
Batang Saderi (jika suka)
Tomato (jika suka)
Serbuk Oregano/mix herbs pun boleh
Sedikit kicap utk gelapkan kuah

1-Rebus daging dan kentang hingga lembut.
2-Panaskan sedikit minyak dan sedikit margerin/butter.
3-Tumis bawang hingga naik bau.
3-Masukan semua kentang, carrot dan semua sos.
4-Kacau rata masukan tepung.
5-Masukan kambing, kacau rata. Masukan sedikit kicap, lada hitam dan serbuk oregano.
6-Perasakan dengan garam, mengelegak boleh tutup api. Sedia dihidangkan.

Jika nak cicah dengan french loaf atau roti buat kuah pekat lagi. Ini sebab nak makan dengan nasi so berkuah.
 
 
 

Comments