Browniese Kedut



Kalau nak sesuatu tahan lasak untuk dijadikan kek birthday...Browniese Kedut lah jawapannya...tak risau nak kena masuk peti ais....tak risau icing cair sebab panas....hahaha...Browniese Strawberry raikan birthday Arifah Fahira....Browniese Boboi Boy raikan birthday Razin...
 
 


Bahan bahan :

  • 400g coklat susu/dark Berry's
  • 150 gm mentega
  • 150 gm gula perang
  • 4 biji telur gred A /5 biji telur gred b
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko
  • garam kasar

Cara-caranya:

  1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 160C, Cairkan butter dan garam kasar kacau rata.
  2. Cairkan coklat mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.
  3. Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak, dalam bekas lain, satukan gula kastor, gula perang. Telur dan esen vanilla dikocok rata sekejap.
  4. Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas kek dan oleskan dengan butter.
  6. Masukkan loyang dalam loyang dan masukkan kedalam oven tadi 30 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan loyang dalam oven dan biarkan sejuk selama 15 minit. Jangan masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.

Comments

Post a Comment