Capati Lembut Kebabom



Alhamdulillah...seronok rasa bila apa yang kita hajatkan....jadi seeloknya....hihihi...kali ni buat capati elok kejadiannya...sebelum ni buat capati...nak gelek pun terasa susah...tepungnya kering....tekan2 masa masak pulak...tak ada nak kembong2...hahaha...




Berikut resepi yang saya ambil dari blog sini Capati Yang Lembut.


CAPATI LEMBUT KEBABOM
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
– 2 cawan tepung Atta.
– 2 sudu besar minyak masak.
– 1 sudu besar yogurt (nestle natural) atau 2 sudu besar susu *saya guna susu pekat sesudu :)
– 1 cawan Air suam kuku atau biasa. Sukatan kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya berat tepung 100gm airnya lebih kurang 50ml.
– 1/2 sudu kecil garam atau ikut kemasinan anda.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan masukkan garam dan kacau rata. Masukan air suam / sedikit demi sedikit dan masukkan yogurt sekali. Sebatikan tepung dengan air, anda akan dapat doh yang melekit pada tangan anda, Pada masa ini lah anda PERLU masukkan minyak masak 2 sudu besar pada doh ini. Minyak akan kurangkan kemelekitan doh. Boleh juga tambah sedikit minyak masa ulian pada tangan anda atau bekas uli. Uli selama 5 minit sehingga permukaan doh menjadi licin dan doh yang lembut. Doh yang lembut boleh diuji dengan cucuk jari anda pada doh ia tinggalkan bekas jari anda.
2. Ini penting! bila siap doh, simpan / perap doh dibungkus “plastic wrapper” atau dalam bag pelastik atau tutup bekas uli doh bersama doh yang telah uli dengan kain basah selama satu jam. Ini perlu untuk minyak bertindak ke atas “gluten” tepung untuk tidak lagi mengeraskan tapi bila rantaian yang lembut. Selepas 1 jam anda boleh rasa sendiri doh akan menjadi sangat lembut dari asal.
3. Bahagikan doh dan mula buat bebola sebesar buah lemon. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan roll menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit di tangan semasa membentuk bola,tapi jangan banyak sangat nanti jadi keras pulak.
4. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan tekapkan dalam bekas tepung (boleh guna tepung gandum biasa) dan tepuk sedikit untuk hindarkan tepung berlebihan (Ingat tambah tepung anda keraskan doh jadi guna paling minima.
5. Tempatkan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh telah leper itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 8 inci. Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Jangan tekan kuat sangat roller biarkan bergerak sendiri. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 8″. Sebelum anda leperkan satu lagi doh, sapukan senipis (dusting) tepung ke atas permukaan capati belum dibakar supaya kepingan itu tidak melekat pada permukaan kertas alas.
5. Panaskan kuali leper . Panaskan kuali leper dengan api keras dapur. Kulai kena betul-betul panas. Cara mengujinya ialah bila kita renjis air pada kuali leper panas itu..air renjisan kena sejat dengan 1 atau 2 saat saja. Ini penting yea. Roti yang bakar perlu cepat.
6. Sebelum masukkan capati yang belum bakar itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit di antara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati.
7. Bila permukaan atas capati kering saja , dengan cepat terbalikan capati itu dan putarkan capati itu dengan kain atau tisu kitchen towel supaya ia bakar rata. Dengan pantas terbalikan kembali..(masa kurang kurang dari 1 minit) . Anda boleh lihat permukaan ini telah masak. (kalau nak gelumbong boleh kenakan sedikit tekanan ke atas capati anda dengan kain tadi.




Berkat keinginan nak mencuba..Inshaallah Allah pasti bagi jalan...yang penting....jangan putus asa mencuba...daripada resepi yang gagal itulah...kita belajar memperbaiki...Selamat Mencuba!!!




Comments

  1. نقدم لكم عمئلنا الكرام افضل شركة تنظيف فى بالطائف شركة تنظيف بالطائف شركة اوبى كلين ان عمليه التنظيف من اهم العوامل والوسائل التى تتطلب عملية شديد من الحرص والجهد والتعب اثناء عملية التنظيف شركة تنظيف منازل بالطائف مع شركة اوبى كلين وداعا تمام للتعب والجهد والمشقهه لان الشركة توفر لك كل انواع والعموال التى تساعدك فى عمليه التنظيف كما ايضا شركة اوبى كلين تمتلك افضل العماله المدربة على اكمل وجهه شركة تنظيف خزانات بالطائف حتى نوفر لك خدمه غير متاحه ال لدى شركة اوبى كلين وداعا للتعب بعد الان مع شركة اوبى كلين توفر لك كل سبل الراحه شركة مكافحة حشرات بالطائف لان الشركه متخصصه فى عملية التنظيف منذ زمن بعيد


    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete

Post a Comment