Ayam Nusantara


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat para pembaca blog Suzie's Kitchen sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Walau tahun 2019 telah masuk bulan ketiga, baru ini berkesempatan mengemaskini blog ni. Alhamdulillah diam tak diam tahun ini masuk tahun kelapan blog ini bersiaran. 



Entry pertama tahun 2019 ini, tidak berhajat untuk berkongsi resepi tetapi berkongsi kejayaan Suzie's Kitchen dalam arena masak memasak ini. Permulaan tahun 2019 yang baik kerana berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan  Memasak Sukan Tahunan Pelitawanis 2019. Berentap bersama 29 peserta daripada seluruh Malaysia dengan masakan bertemakan Ayam.




Dua malam jugalah tak lena tidur memikirkan menu dan strategi memasak kerana masa yang diperuntukkan hanya 45 minit dan memasak secara solo. Tajuk masakan adalah Ayam Nusantara kerana menampilkan tiga resepi ayam mewakili tiga buat negara. Seperti yang dijangka rata-rata banyak yang menampilkan menu berkuah/menumis so pemilihan menu saya adalah mereneh, menggoreng dan menggril.




Inilah menu yang menarik hati juri sehingga dinobatkan sebagai Johan. Ayam Percik mewakili Malaysia, Ayam Pandan mewakili Thailand dan Sate Lilit mewakili Indonesia. Oleh kerana itu nama masakannya adalah Ayam Nusantara. 

Comments

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

Post a Comment