Bibimbap Citarasa Korea



Annyeonghaseyo...hari ni saya makan sayor....hahahaha.....sesekali ubah style masakan...kita masak masakan Korea pulak...diberi namanya Bibimbap...gabungan nasi putih, sayur-sayuran (bayam,cendawan shitake, carrot dan cendawan enoki) atau apa sayur yang anda suka...yang pasti bukan berkuah, berkari atau bergulai ya....kikiki...padanan lauknya ayam ataupun daging...sis pilih daging batang pinang...barulah meletop-letop di dalam mulut.... ditambah sos Korea gochujang...wallahhh...




RESEPI BIBIMBAP

Lauk
Daging/Ayam
Kicap Soya
Bawang Putih
Minyak Bijan
Bijan

Sayuran
Bayam
Cendawan Shitake
Cendawan Enoki
Carrot
Minyak Bijan
Bijan Digoreng Sangai
Blackpepper

Sos Gochujang
Taucu
Serbuk Cili
Gula

Daging
1-Ini style simple dan mudah yang saya buat. Tak ada perap-perap. Daging yang dipotong halus diperasakan dengan kicap dan sedikit sos tiram jika suka.
2-Tumis bawang putih cincang keperangan. Masukkan daging. Kacau rata.
3-Masukkan minyak bijan. Perasakan dengan garam. Saute rata dan angkat. Jangan overcook.

Sayuran
1- Setiap sayuran method masak yang sama.
2- Sedikit minyan Untuk menumis. Masukan sayur. Perasakan dengan sedikit garam.
3- Masukan serbuk blackpepper kasar, mintak bijan dan last sekali bijan.
4- Setiap sayuran masak asing-asing tetapi method yang sama.

Sos Gochujang
1- Basuh taucu dibawah air paip. Ambil kacangnya sahaja.
2- Tumbuk lumat dan masukan serbuk cili dalam satu sudu kecil.
3- Perasakan dengan gula dan panaskan sekejap atas api. Siap.

Susun savuran dan daging. Letakan telur mata kerbau...siap hidangan Korea anda.



Selamat Mencuba Uols...so lepas ni tak payah singgah restoran Korea lagi...buat sendiri jer...daaa..

Comments

  1. Athirah: org kampung mcm akak ni susah nak hadam makanan pelik2

    ReplyDelete

Post a Comment