Followers

Sunday, 18 December 2011

Pavlova


Assalamualaikum....Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah...hajat nak buat Pavlova telah menjadi dengan izinMu....sebelum ni tertanya2 macam mana la rasa Pavlova ni...dan akhirnya aku dapat merasa keenakan Pavlova ni....personally....jika ada yang tanya apa rasa Pavlova ni...aku boleh jawab...Yummilicious!!!memang sedap...:)




Aku buat Pavlova ni...memang dengan penuh kasih sayang......hehehe...tak ada langgar2 sukatan...tak ada curi2 masa.....pantang semua dijaga dengan berhati2 bagi memastikan Pavlova aku jadi sebaiknya...tak lah seperti nasib Macaroon yang pernah aku buat...hahaha..tong sampah la jawabnya kalau tak jadi....



Tapi jangan tak tau...masa buat ni ada gak kesuspenannya...bukan apa...time buat ni lupa la pulak..gula aku simpan dalam peti ais...so keadaan gula tu agak lembab la...nasib baik akal panjang sikit time tu..so aku panaskan kejap dalam microwave...bukan apa...rumah aku ni tengah musim semut...pantang ada gula..semut berpesta walaupun gula tu belum dibuka...suspen kedua...time nak buat whipping cream...tak jadi kental la pulak...jadi macam susu basi...hahaha...terpaksa buka youtube...dan baru terperasan aku terlebih putar...huhuhu...so adunan pertama whipping cream bertemu tong sampah..hahaha...walau bagaimanapun kali kedua menjadi dengan cantiknya...hehehe...


Kepada yang berminat nak buat...disini aku syerkan resepi yang aku follow..aku ambil dari blog irmadilandon...walaupun aku tak kenal dia..apatah lagi dia memang tak kenal aku...tapi aku selalu follow blog dia..aku minta halalkan  resepi ni dan teknik yang dia sampaikan...mmg banyak resepi Pavlova boleh kita dapat dari internet..tapi aku berkenan dgn resepi dia...sebab dia bagi details do and don't dalam pembuatan Pavlova ni...Tq dear...hihihi..



Disini aku copykan resepinyer...

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Akhir kata...moga Allah kekalkan ilmu aku ni...dan... moga Allah jauhkan sama sekali  dari perasaan riak dan takbur...Hanya satu yang aku harapkan....agar aku dapat berkongsi ilmu dengan semua pembaca blog ini....nak berkongsi rasa dengan semua pembaca blog...tak dapatlah nampaknya..hehehe... kenalah buat sendiri...ngehngehngeh....tetapi InshaAllah jika dizinkan kalau ada yang berminat...aku rasa aku berani nak ambik tempahan...gitewwww...hehehe...

4 comments:

  1. Hehehe..belajar2...ikut teknik Ita Masam Manis...kebetulan time ni cuaca ok..ambik gambar dekat dgn tingkap...hihihi..kak jana try la..

    ReplyDelete
  2. Kalau tepung jagung kurang apa jadi ye?

    ReplyDelete
  3. setau ni x tau pulak apa akan jadi bila tepung jagung kurang...tapi rasanya....kalau tepung jagung kurang...based pavlova kurang garing...dan akan melekat pada kertas...susah ditanggalkan..adunan baesd yg cantik...bila kertas ditanggalkan...mudah dan tiada kesan kotoran adunan...

    ReplyDelete