Followers

Tuesday, 8 March 2016

Salmon Grill with Lemon Sauce





Salmon Grill

3-4 potong ikan salmon
1-2 ulas bawang putih
1 sdb black pepper
Garam secukup rasa

1-Bersihkan ikan dan toskan.
2-Tumbuk bawang putih dan black pepper kasar2.
3-Perasakan ikan dgn garam dan ratakan dgn bawang putih dan blackpepper.
4-Perap 30 minit atau lebih.
5-Sapu pembakar ajaib dgn butter dan grill hingga masak. Tak perlu lama sbb salmon cepat masak.



Salmon yang fresh...



Lemon/Orange Sauce

1/4 hirisan dadu halus bawang holland (x perlu byk)
1-2 sdb bancuhan tepung gandum dgn air
250 ml susu segar
1 sdb blackpepper ditumbuk kasar
2 sdb butter/margerin utk menumis
Perahan jus lemon/orange
Parsley Flakes (optional utk aroma) western)
Garam dan perasa secukup rasa

1-Cairkan butter dan tumis hingga wangi bawang holland.
2-Masukkan susu segar dan kacau rata.
3-Masukan bancuhan tepung gandum dan kacau hingga sebati. Jika nak kuah banyak boleh lebihkan susu segar.
4-Masukan jus lemon (ikut kemasaman yg dikehendaki), blackpepper dan parsley flakes.
5-Perasakan dgn garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6-Jika nak warna kuning cantik boleh letak sikit pewarna kuning telur.
7-Kacau rata dan bila pekat boleh tutup api.



Gabungan protein, karbo dan vitamin extra


No comments:

Post a Comment