Followers

Wednesday, 2 October 2013

Pisang Keju

 
 
Bahan2:
Sesikat pisang masak yg ready utk mkn ( cth berangan)
Bread crumb (serbuk roti)
Ceddar cheese (diparut atau hiris)
Strawberry + gula

Coklat cair jika suka

Cara:
1- Golekkan pisang dlm breadcrumb. Padat2 kan bg melekat.
2- Panaskan minyak dan goreng pisang hingga garing dan toskan.
3- Alihkan ke pinggan terus taburkn cheese dan tutupkan sekejap bg cheese cair dipisang.
4- Utk sos strawberry blh beli ready made. Jika nak buat just masak fresh strawberry dgn sedikit
     gula  dan air. Masak hingga pekat.
5- Strawberry sos boleh disiram terus dgn coklat cair atas pisang atau diletak berasingan utk dicicah.
 
 


Kek Coklat Nutella


Sumber : Life is colourful

Bahan-bahan :

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.
2. Kacau rata sampai sebati.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.



 
Senang disediakan..cepat dan mudah..cuma tak elok diamalkan...sebab masak guna  microwave tak digalakkkan....tp bila teringin nak kek coklat segera...resepi inilah jawapannya....





Wednesday, 18 September 2013

Nasi Lemak Pandan bersama Sambal Istimewa

 
 
Dari pejabat dah terfikir nak singgah pasar malam...setiba di pasar malam...dua kali pusing tak tau nak beli apa...rasa macam dah boleh hafal menu kat pasar malam Seri Putra ni....terus ubah fikiran..nak balik rumah..masak sendiri lagi puas hati....terus beli bahan mentah...kelapa parut, daun pandan, cili kering dan ikan bilis....tiba2 lalu jumpa gerai jual sayu2 hasil kampong...ternampak jering...MashaAllah tetiba teringat resepi opismate share hari tu...sambal tumis jering style baru....lain dr kebiasaan yg pernah makan....
 
 
 
 

 
 
 
 
Bahan2nya:
Cili kering rendam air panas terlebih dahulu
bawang merah dan putih
jering cambah
Ikan bilis goreng garing
Asam jawa, garam dan gula secukup rasa
 
 
Cara memasaknya:
1) Jering dipecahkan dengan lesung batu hingga hancur. goreng hingga garing dan angkat.
2) Goreng ikan bilis dan angkat.
4) Buat sambalnya seperti biasa tumis bawang, masukkan cili mesin,
5) Perasakan dgn  garam dan gula.
6) Bila agak pekat baru masukka  jering dan ikan bilis.
 
 
 
 
 
 



Monday, 16 September 2013

Sandwich Croissant



 
Terliur tengok tayangan sandwich Cik Mat Gebu di facebook....gigih nak buat jugak...kebetulan pergi Giant...cari croissant....kebetulan malam malas nak makan nasi...so buat sandwich ni....yummehhh...


 
 
 
Inti Sandwich
 
1 tin sardine kecil
3 sb mayonis
1 labu bawang merah dicincang halus
1 tangkai cili merah dicincang halus
Garam secukup rasa
 
1) Caranya dengan gaul kesemuanya dan hancurkan isi ikan sardine.
2) Sedia utk dijadikan inti sandwich croissant.
 


Pau Sambal

 
 
Pau Sambal katanya...padahal buat inti sardine....hihihi...menu sarapan hujung minggu....feberet mama dan anak2....
 
 



Resepi doh sama dengan resepi donut Bavarian...cuma saya tak letakkan gula dalam adunan....

Bahan-bahannya doh:
1/2 paket mauripan
1 cawan air suam
1 sb margerin
1 sb gula
Garam secukup rasa
3 cawan tepung gandum*anggaran
 
1) Rendam mauripan dengan air suam dan biarkan seketika hingga agak berbuih.
2) Gaul tepung dengan margerin dan garam.
3) Uli tepung dgn air mauripan hingga lembut. Rehatkan seketika.
4) Bentukan dan goreng dgn minyak penuh.
5) Bila sejuk potong tengah letak timun dan inti.




Bahan-bahan inti:
1 tin sardine kecil
1 bj bawang merah dihiris
1 bj bawang putih dihiris
1 sb cili mesin
Garam dan gula

1) Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cili mesin.
2) Masukkan sardine dan hancurkan
3) Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

Bavarian Donut

 
 
 
Donut Bavarian....intinya custard...sedap dimakan time panas....bersama secangkir air the o....dua butir dah kenyang...sebab berinti dan besar saiznya....time cuti bolehlah nak demand minum petang bagai...jika dah start keje...fikir menu dinner jer....huhuhu....doh donut seperti biasa saya tak buat pun style yg complicated....just guna bahan asas....Alhamdulillah...still lembut hasil kejadiannya....
 


 
 
Donut Bavarian
 
Bahan-bahan inti:
2 biji kuning telur
1 sdb tepung kastard
1 sdb tepung jagung
3 sdb gula castor
1 cawan susu sejat
1 sdb butter/margerin
Sedikit pewarna kuning
 
1) Campur semua masak dgn api kecil hingga pekat.
2) Sejukkan seketika.
 



Bahan-bahannya doh:
1/2 paket mauripan
1 cawan air suam
1 sb margerin
1 sb gula
Garam secukup rasa
3 cawan tepung gandum*anggaran
 
1) Rendam mauripan dengan air suam dan biarkan seketika hingga agak berbuih.
2) Gaul tepung dengan margerin, gula dan garam.
3) Uli tepung dgn air mauripan hingga lembut. Rehatkan seketika.
4) Bentukan dan letak inti. goreng dgn minyak penuh.

Sunday, 8 September 2013

Plain Cheese Cake





Dari minggu lepas berhajat nak buat cheese cake...dah naik kematu cream cheese dalam peti ais...tapi dek kerana jadual padat sepanjang hujung minggu lepas...tak berkesempatan nak buat....berakhirnya Syawal maka aktiviti hujung minggu di dapur bermula kembali...berhajat sangat nak buat cheese cake gara2 nak mencuba acuan silicon yg baru dimiliki....memang dah lama berhajat nak satu acuan silicon ni....kalau boleh nak yang ada design bunga macam rata2 blogger masakan ada....tapi ada ni pun syukur Alhamdulillah...opismate balik dari Japan...bagi sebagai souvenir...suka sangat....TQ Ira....
 
 
 
 
Kalau tengokkan acuan ni...macam tak percaya jer boleh tahan kepanasan oven....siliconnya sangat lembut....kalau dah letak adunan kena hati2 bila nak mengangkatnya.....
 
 
 
 
Sibuk citer acuan silicon...lupa nak citer resepi kek ni....bahan-bahan cheese cake ni simple jer....cara pun taklah sesusah mana...hasilnya sedap...pada penggemar cheese cake pasti suka...jika nak meriah...terpulang la jika nak letak filling buah-buahan di atasnya...tapi kali ni memang nak rasa original taste cheese pada kek ini......sebab tu namanya Plain Cheese Cake..:-)
 
 
 
Plain Cheese Cake
Sumber : HaSue Kitchen
 
Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"

• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

 
 
Cara membuatnya:
 
1) Satukan susu segar, mentega dan cream cheese dalam periuk. panaskan sehingga semua cair. tak perlu mengelegak. kacau guna hand whisk. bila siap sejukkan.
2) Asingkan kuning dan putih telur. Sediakan meringue utk putih telur. Putar putih telur agak kembang campurkan sikit2 gula hingga bertanduk (sama mcm buat pavlova).
3) Kuning telur dalam tempat berasingan tadi pukul sebentar dengan esen vanilla. tak perlu kembang sangat. kemudian masukkan susu segar, mentega dan cream cheese yg di masak tadi. kacau perlahan guna hand whisk. Masukkan tepung yg diayak sedikit demi sedikit dan kacau perlahan2.
4) Bila sebati baru masukkan meringue tadi sikit demi sedikit perlahan-lahan hingga sebati. bakar 160c hingga masak. guna kaedah bain marie bawah loyang letak air panas.
 
* Untuk lebih details boleh tengok tutorial di blog hasue. Kek ni gebu, ringan dan lembab. Sedappp..




Saturday, 7 September 2013

Nasi Jagung



 
 
 
Assalamualaikum w.b.t.....Alhamdulillah...syukur akhirnya dapat meluangkan masa untuk updated blog ni...laptop yg selama ni merajuk pun...dah kembali pulih....baby Raqin pun dah nak masuk 6 bulan...ushhhh...cepat sungguh masa berlalu.......
 
 
Sebenarnya...dah lama juga berhajat nak masak Nasi Jagung ni....dan hari ini terlaksana jua impian...hasilnya juga tak mengecewakan....sukatan air just nice...tak keras dan tak lembik....hihihi..I like....main anggar jer ...tak la bersukat2.....jom tengok resepinya....
 
 


Nasi Jagung

Bahan-bahannya :

3 pot beras di cuci bersih dan ditoskan dalam tapis*guna beras biasa jer
2 tongkol jagung diricih isinya
1 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2-3 helai daun pandan diikat
1 batang kulit kayu manis
2-3 biji bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi + sedikit minyak masak utk menumis
1/2 tin susu cair + air secukupnya
1/2 paket kecil rempah kurma


Cara memasaknya :

1) Panaskan minyak sapi dengan minyak, tumis bawang hingga wangi.
2) Masukkan kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3) Masukkan rempah kurma, kacau sikit jgn sampai hangus baru masukkan air.
4) Masukkan beras kacau sebati, baru masukkan jagung dan daun pandan.
5) Masakkan sekejap dan akhir sekali masukkan susu cair dan air secukupnya.
6) Letakkan garam secukup rasa, dan baru dialihkan ke rice cooker. Tunggu hingga masak.
7) Bila nasi dah kering baru kacau sedikit utk ratakan agar nasi tidak hancur.



Wednesday, 4 September 2013

Blackpepper Chicken Chop



Kadang2 tak tau apa hidangan yang nak disajikan pada tetamu bila time raya...sekali sekala nak ubah citarasa..bolehlah hidangkan chicken chop...so saya nak share macam mana saya buat chicken chop...utk sos blackpepper saya hanya gunakan instant brown sauce knor...sedap...cuma tambah tumisan bawang putih, serbuk lada hitam dan cendawan butang....



Chicken Chop

Bahan-bahannya :
5 keping dada ayam dibersihkan
3-4 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam halus secukup rasa
Breadcrumb

1- Tumbuk halus bawang putih. Gaulkan ayam bersama bawang putih, sos tiram dan garam secukup rasa.
2- Perap 3-4 jam, kemudian celup dengan putih telur. Golek2kan atas breadcrumb color oren tu.
3- Goreng dgn minyak yg panas hingga menutupi ayam. Gunakan api sederhana agar breadcrumb tidak hangus.


Kuih Cara Manis





Seksi tak i...gebu tak i....auwww.....nilah namanya Kuih Cara...ada dua jenis kuih Cara...Cara Manis dan Cara Pedas...kalau manis..intinya gula...dan kalau pedas intinya kentang mcm inti karipap sama ada dgn udang/ayam/daging....ikut selera...
 
 
 






Kuih ni paling senang nak buat...Bahan-bahannya hanyalah tepung gandum, santan+air, telur sebiji dan sedikit garam...kacau rata menggunakan whisk...jgn sampai berketul....jika berketul bolehlah tapis sebelum diceduk satu persatu ke acuan bahulu ni....bila tepung hampir keras...letakkan gula pasir/gula melaka sebagai intinya...senangkan....




Pulut Sekaya

 
 
Teringat kuih tradisional Pantai Timur ni....mula2 dengar namanya..tertanya2 rupa parasnya..try goggle...jumpa rupa parasnya..try buat...ermmm...sedap..ala2 kuih seri muka....cuma topping terasa ala2 puding karamel sebab guna telur....
 
 


Sumber : Azie Kitchen

Lapisan Bawah
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sk garam halus
sedikit minyak masak (jika guna santan kotak)
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 25 minit. Loyang dialas dengan plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.
* saya buat tak guna kaedah kukus. saya tanak jer mcm tanak nasi.huhuhu...

Lapisan Atas
5 biji telur itik *saya x guna
4 biji telur
4 keping gula melaka (saiz sederhana)
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih - di ketuk sedikit (saya x guna juga
1/4 sk garam halus

Cara-cara :
Satukan telur dan bunga cengkih dan dipukul ringan. Ketepikan.
Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula larut.
Tuang ke dalam adunan telur, gaul rata dan masukkan sedikit garam.
Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus semula selama 30 minit dengan api sederhana. 
Angkat dari pengukus dan sejukkan. Tengok permukaannya yang berkedut kedut Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.itu. Seperti juga kuih akok yang permukaannya memang berkedut.





Thursday, 27 June 2013

Roti Boyan




Memang tak pernah rasa kuih ni...tapi seingat saya pernah terdengar..sebab rasanya dedulu pernah tengok Dato Aziz Satar masak roti ni dalam sebuah rancangan masakan....dan kali ni saya mencubanya....sipi2 rasa murtabak....tidak mengecewakan...makan dengan sambal...so ala2 malas.....masak sambal telur jer..senang..campak2 jer..hihihi....




Roti Boyan
Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( 10 keping )

  • untuk doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 50gm minyak
  • sedikit garam
  • air panas suam
  • bahan2 inti:
  • 1/2 kilo kentang (di rebus dan lecek hingga halus)
  • 2 biji bawang besar (di hiris halus)
  • 1 biji telur
  • Setangkai daun sup/bawang sedikit
  • lada sula dan garam

Cara-cara

  1. Cara2 menguli doh: tepung,minyak dan garam di gaul rata,kemudian masukan air sedikit2 uli hingga lembut .Dan ambil sedikit untuk bulat2kan buat sampai habis.
  2. Cara2 membuat inti: kentang, bawang,daun sup ,lada sula,garam dan telur gaul rata.
  3. Canai doh buat mcm roti prata dan letakan kentang tadi keatas doh itu dan tutup kentang dgn satu lagi doh dan kelim tepinya mcm epok2 atau macam murtabak.....dan goreng dgn sikit minyak dan api yg sederhana..



Strawberry Pannacota



Bila stok strawberry banyak dalam peti ais...so macam2 menu nak dibuat..salah satu wish list yg ada Strawberry Pannacota ni....dan tak sia2...rasanya sedap menikam kalbu..lemak manis masam2....




      STRAWBERRY PANNACOTA
       sumber : My Resepi

    Bahan-bahan 

    • Bahan untuk Panna Cotta :
    • Susu segar 300g
    • Heavy cream 300ml
    • Gula 120g
    • Gelatin 10g
    • Esen vanila 5ml
    • Bahan untuk Strawberry Sauce :
    • Strawberi segar 1 cawan
    • Gula 1/2 cawan
    • air 1/4 cawan

    Cara-cara

    1. Panaskan susu, heavy cream, gula dan esen vanila dalam satu periuk.
    2. Larutkan gelatin dalam sedikit air sejuk.
    3. Campurkan gelatin ke dalam periuk. Kacau semua bahan.
    4. Kalau nak cantik, boleh color kan panna cotta dan buat layer by layer. Sejukkan panna cotta dalam chiller sampai keras macam dadih/puding.
    5. Untuk strawberry sauce, campurkan strawberi, gula dan air. Biarkan atas api yg sederhana sampai air menjadi pekat.
    6. Letak Strawberry Sauce Atas Panna Cotta tadi. Siap!



Strawberry Streusal Square




Assalamualaikum...hasrat dihati cuba mengupdate resepi2 yg tertunggak utk diupload selama 3 bulan yg lalu...huhuhu...sejak bersalin baru ni la dapat curi masa...so tak boleh citer panjang2 sebab masa agak terbatas sekarang.......







Berpeluang bercuti ke Cameron Highlands pada cuti sekolah yang lalu...saya sempat membeli agak banyak stok strawberry...so hasilnya inilah Strawberry Streusal dari suzie kitchen.....suka sangat rasa gabungan pastry dan strawberry ni.....




Strawberry Streusel Squares
sumber : maaf pada empunya resepi..lupa ambil ni dr mana

Bahan:-
  • 300 gm buah strawberi segar - belah empat
  • 2 sudu besar jus dari buah lemon-tak letak pun
  • 130 gm brown sugar *guna gula castor jer
  • 350 gm tepung serbaguna *guna tepung gandum biasa
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis * x letak
  • 1 sudu teh baking powder
  • 200 gm mentega sejuk
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Alas loyang bersaiz 30cm x 25cm dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 190 C.
  2. Campurkan  strawberry sebahagian gula perang dan 2 sudu besar tepung ke dalam mangkuk. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk berasingan, campurkan sebahagian lagi gula perang, tepung, garam, serbuk kayu manis dan baking powder. (kalau rajin, ayakkan tepung, serbuk kayu manis dan baking powder, biar rata).
  4. Potong mentega sejuk (keluarkan dari peti sebaik sahaja ingin diguna) dan potong kepada kiub kecil dan gaul-gaulkan ke dalam tepung tadi dengan hujung jari (jgn menguli) hingga adunan tepung menjadi seperti serbuk (crumbs)
  5. Masukkan telor dan esen vanila, gaul rata sikit sahaja.
  6. Masukkan sebahagian adunan crumb ke dalam loyang dan taburkan buah-buah tadi biar rata dan tutupkan dengan sebahagian lagi adunan crumb tadi.
  7. Bakar selama 40 - 45 minit hingga permukaan crumb nampak keperangan dan rangup



Wednesday, 26 June 2013

Oreo Cheese Ball


Inginkan resepi mudah tapi sedap...Haaa...ini jawapannya...

Oreo Cheese Ball

Bahan-bahannya:

1 paket biskut Oreo
125 g cream cheese
Coklat Hitam
Coklat Putih
Sedikit susu cair utk mencairkan coklat

Cara Membuatnya :

1) Kisar atau tumbuk biskut oreo berserta intinya hingga halus. Jika malas nak kotorkan blender atau lesung. Masukkan biskut dalam plastik dan tumbuk hingga halus.
2) Putar cream cheese dan masukkan biskut yang ditumbuk halus tadi hingga rata.
3) Buatkan bebola kecil dan celup dalam coklat cair. Sejukkan dalam peti ais.
4) Bila coklat agak keras bolehlah keluarkan utk dihias dengan coklat putih. Simpan kembali dalam peti ais sehingga betul2 sejuk dan sedia utk dimakan...nyum..nyum...




Saturday, 15 June 2013

Muffin Jagung


Assalamualaikum w.b.t...

Syukur Alhamdulillah....tak terhitung nikmat Allah buat hambamu di muka bumi ini....dengan izinnya bertambah seorang lagi cahaya mataku pada tarikh yang cukup istimewa 13.3.13... Muhammad Raqin Syarahil.....2.8kg....jam 10.42pm....Pejam celik dah 3 bulan anak mama ni....



Sejak lepas sebulan berpantang saya dah start membaking....rindu lama tak baking....banyak juga entry tertunda cuma yang ni tergerak hati nak mengupdatekannya....sebab suka dengan kejadian Muffin Jagung ni...selain cara yang amat mudah...hasilnya sangat memberangsangkan.....





RESEPI MUFFIN JAGUNG
Sumber : Intai Dapur

Bhn2 A :

2 cwn tpg gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/ t garam
- semua bhn di atas diayak.

Bhn2 B :

1 cwn jagung krim dalam tin
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu teh pewarna kuning 

Cara Membuatnya :
 
1- Panaskan oven 180 C.
2- Campurkan bahan B ke dalam bahan A.
3- Gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama..
4- Masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
5- Sejukkan dan sedia dihidang.



Monday, 11 March 2013

Kek Lapis Cheese



Assalamualaikum w.b.t...Syukur Alhamdulillah....masih berpeluang mengupdated entry di blog ni....walaupun hati resah gelisah...kerana hari ni dah masuk 2 hari overdue dari tarikh jangkaan bersalin....cuba setenang yang boleh...dan berdoa agar dipermudahkan segalanya...anggap la memasak dan mencuba resepi baru ni salah satu terapi untuk mudah bersalin nanti...;-)





KEK LAPIS CHEESE
Sumber : www.facebook.com/buku resepi
Sukatan resepi ini telah diolah oleh saya.

Bahan-bahannya :
20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
1 cawan susu segar
250g cream cheese
100g whipping cream non-dairy
3 sudu besar gula castor
1 sudu besar gelatin halal
50 ml air panas

Cara Membuatnya:
1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream
    hingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
2) Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau
     hingga rata dan sebati.
3) Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya
     agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
4) Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.
5) Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
6) Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.