Followers

Monday, 25 September 2017

Menu Diet Dinner Part 1

Untuk menu diet dinner...no carbo at all....dinner tak boleh lewat...sebelum jam 7.00 petang...untuk pastikan perut boleh proses sebelum kita tidur...cukup protein and fibre sahaja....All the best!

Ayam Grill & Mix Vege saute with black pepper

Kembung Bakar & Bayam Rebus

Sup Ayam (no kuah at all) & ulam timun, tomato dan salad

Kembung Singgang & Bayam

Puyuh Grill (tak digalakan kalori tinggi) & pak choy bawang putih

Kembung Bakar & Salad

Siakap Steam Lemon & Mix Vege

Dory Grill Blackpepper, Salad and Tom Yam Sayur

Chicken Grill Ala Nandos & Mix Vege Grill (sos Nandos sahaja boleh..kurang kalori)

Menu Diet Lunch Part 1


 Sebagai panduan untuk menu diet tengahari..segengam carbo which is nasi atau boleh digantikan dengan wholemeal bread, kentang atau keledek....fibre which is sayur atau buah-buahan bewarna hijau dan protein which is ayam atau ikan yang boleh dimasak menggunakan tiga kaedah (grill, kukus atau rebus). Sebagai panduan dikongsikan sample menu setakat ini...wehooo....


Kembung Bakar & sayur masak bening/rebus


Ayam Bakar dan mix vege saute with blackpepper

Kembung Bakar, ulaman

Ikan masak singgang dan kacang botol

Ayam Grill Blackpepper & Sup Sayur Campur

Cheatmeal sikit sbb makan Nasi Arab masa tu..portion dikurangkan lagi...ayam roaster dan salad

Ikan Merah curry and salad

Sup Ayam dan bayam...

Menu Diet Breakfast Part 1

 Alhamdulillah bermula eat clean pada 17 September 2017... so dah start control nafsu makan yang mencurah-curah umpama air terjun mengalir laju tu....sebagai kenangan nak simpan seleksi menu diet untuk breakfast....lenkali nak refer senang...hihihi...chaiyok! chaiyok!


Wholemeal bread, scramble egg (use non stick pan) & salad

Wholemeal bread, scramble egg, green apple and choco o panas without sugar


Wholemeal bread, omelette & salad

Roti Telur, salad, tomato and sikit chili sauce sebagai perasa

wholemeal, scramble egg and mix vege and pear for snack am


wholemeal, telur mata (non stick pan) and salad


Tosei Rawa cicah kuah dihujung tanduk jer & telur 3/4 masak


Sandwich telur and butterhead salad

omellete cili padi, wholegrain and anggur hijau


















Homemade Lasagna



Salam Sejahtera ke atas junjungan besar Rasulullah saw...mood menaip sangatlah malas..tetapi resepi ini wajib disimpan dalam blog ni....sebab memang sumpah sedap...hahahaha...so lepas ni nak review senang nak cari....Lasagna Daging....padu...


Bahan-bahan yang diperlukan...



Cara lapisan dibuat

Resepi Lasagna

Bahan-Bahan:

  • kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
  • parutan keju mozarella, secukupnya
  • serbuk keju parmesan, secukupnya 
Bahan untuk sos bolognaise:
  • 300 gram daging atau ayam kisar
  • 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
  • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau, potong dadu
  • 6 biji cendawan butang, hiris nipis
  • 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk sos putih:
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 keping keju cheddar cheesedale
  • 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
  • lada putih dan garam secukup rasa
  • Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak sos bolognaise:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
  2. Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering. 
Cara untuk memasak sos putih:
  1. Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  2. Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
  3. Angkat dan sejukkan
Cara untuk membuat lasagna:
  1. Panaskan oven kepada suhu 180°C.
  2. Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
  3. Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
  4. Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.
  5. Bakar di dalam oven selama 25minit. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan. 

Sumber : Iresepi.com

Resepi asal lupa dari mana tetapi ada persamaan dari resepi ni.

Saturday, 8 April 2017

Browniese Kedut



Kalau nak sesuatu tahan lasak untuk dijadikan kek birthday...Browniese Kedut lah jawapannya...tak risau nak kena masuk peti ais....tak risau icing cair sebab panas....hahaha...Browniese Strawberry raikan birthday Arifah Fahira....Browniese Boboi Boy raikan birthday Razin...
 
 


Bahan bahan :

  • 400g coklat susu/dark Berry's
  • 150 gm mentega
  • 150 gm gula perang
  • 4 biji telur gred A /5 biji telur gred b
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko
  • garam kasar

Cara-caranya:

  1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 160C, Cairkan butter dan garam kasar kacau rata.
  2. Cairkan coklat mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.
  3. Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak, dalam bekas lain, satukan gula kastor, gula perang. Telur dan esen vanilla dikocok rata sekejap.
  4. Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas kek dan oleskan dengan butter.
  6. Masukkan loyang dalam loyang dan masukkan kedalam oven tadi 30 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan loyang dalam oven dan biarkan sejuk selama 15 minit. Jangan masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.

Roti Puri


 
 
Jika tengok label roti...dah ada resepi Roti Puri...tapi tu resepi versi lain....kena simpan resepi Roti Puri versi satu lagi ni...sebab hasilnya lagi kebabom....lembut walaupun dah sejuk...kembong cantik...





Roti Puri

Bahan-bahannya
Tepung Gandum
Margerin/Minyak
Mauripan
Gula
Garam
Air secukupnya

Caranya:
1- Masukan tepung gaul rata dengan margerin menjadi serbuk roti.
2- Gaul rata bersama mauripan, gula dan garam.
3- Masukan air panas sikit kemudian air sejuk.
4- Uli hingga lembut. Simpan sekejap dan boleh canai dan goreng minyak penuh.

Laksa Johor In The House


 
 
Tak pernah terpikir nak buat Laksa Johor..entah kenapa sebelum ni makan...tak tertarik dengan rasanya...macam pelik spagethi makan dengan kuah ikan bersantan...ajernya pelik kata orang Perak...hahahaha...



 
Tapi segalanya berubah sejak makan Laksa Johor di Restoran Anje Bangi...Mashaallah sedapnya...tak pernah makan berkuah sampai kering kuahnya....tapi masa tu...habis licin pinggan hirup kuahnya.....sedap banget...kata mat indon...hahaha...




 
 
Sebab teringat-ingat tak puas makan...digagahi cuba masak sendiri...Alhamdulillah...tak mendukacitakan walaupun pertama kali masak...dua kali juga ulang makannya....so kena simpan bebaik resepi ni...senang nak rujuk nanti...kredit kepada blog Azie Kitchen http://aziejaya.blogspot.my/2014/08/laksa-johor-yang-sedap.html ..
sebab google hari tu keluar resepi dari blognya...senang nak follow step membuatnya....


 
 

Laksa Johor
 
Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
 
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
 
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin* tak letak

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
 
Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
 
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik

Kerabu Pucuk Paku & Tauge



Assalamualaikum...Alhamdulillah diizinkan Allah singgah di blog ni hari ni...banyak kali dah buat kerabu...tapi tak berkesempatan nak masukan resepi dalam ni...wajib masuk...sebab menjadi antara kegemaran anak2...panjang umur blog ni....kalau anak2 mama teringin nak makan...boleh buat sendiri nanti.....Inshaallah sedap sangat...janji cukup pedas, masin, manis dengan aroma kerisik dan limau kasturi...bertambah2 nasinya nanti.....





Rezeki buat kerabu hari ni...sebab jumpa kerang sado dan fresh pagi ni...tengok pucuk paku pun fresh...terus decide nak buat kerabu...ni resepi mama...kerabu terheaven abad ini...hahaha....
 
 
Bahan Heronya :
Pucuk Paku
Tauge
Kerang rebus
 
Bahan Heroinnya :
Bawang Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
Cili Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
Cili Padi
Belacan Bakar
Ikan Bilis
Perahan Limau Kasturi
2 sdb kerisik
Garam & Gula Secukup Rasa
 
Cara Menggabungkan Hero & Heroinnya :
1- Tumbuk Bawang, Belacan dan Ikan Bilis hingga lumat.
2- Hiris bawang dan cili merah.
3- Celur Pucuk Paku dan Tauge.
4- Campur kesemuanya. Tambah kerisik dan perasakan secukupnya. Yummeh...sedap bag hang..



Sunday, 5 March 2017

Nasi Arab Ayam Goreng BBQ



Entah nape...teringat lak nak makan nasi Arab..tak berapa suka sangat Nasi yang banyak sangat berempahnya...macam nasi bukhary...to spicy rasanya...tapi kalau nasi arab...just lite jer rempahnya....tumis sikit dengan minyak sapi...maka lemak2 lembutlah nasinya...
 
 


 
Kali ni try beras basmathi brand baru jumpa...namanya Ipin...kelakar bila tengok pertama kali jenamanya...tapi tengok betapa panjangnya beras dia..harga berpatutan...2kg baru RM18.00....selalu beli pes sekali beras....so sebab beras dah ada kali ni try rempah chef ustazah...tak mendukacitakan....ayamnya tak suka yang lembik tak goreng...so malas nak buat bumbunya...belasah letak apa yg ada...letak rempah kari...sos BBQ..garam dan serbuk bawang segera...terbaekkk rasanya....



 
Raziq selalu dah ajak mama makan dalam talam....tapi mamanya malas nak keluarkan talam emas mama ni..hehehe...so kali ni sebab masak nasi arab mama minta papa keluarkan talam emas...talam ni memang dibeli khas untuk kami sekeluarga sekali sekala makan dalam talam...mama tak nak anak-anak mama jauh dari sunnah nabi....bila makan dalam talam...mama pasti ceritakan sedikit  kebaikan makan bersama dalam talam....selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw...pasti penuh kebaikan yang tersirat dan tersurat...

Baguette Chicken Cheese


 
Bila weekend ada satu masalah buat ibu-ibu....nak makan luar..confirmlah menu sama ada nasi lemak...roti canai...so duk rumah kena cari alternative lain...
 
 


 
Teringat roti baguette ada beli semalamnya...tengok pulak sos pasta ada separuh tak guna lagi dalam peti ais....cendawan dan carrot pun ada...so terus buat sos pasta dgn ayam cincang dan cendawan...masukan tepung sikit bagi pekat...perasakan gula dan garam..
 


 
Terus sapu atas roti...parutkan cheddar cheese...bakar 15minit...tinggggg....siap untuk dingap...Alhamdulillah rezeki hujung minggu....
 


Monday, 20 February 2017

Seleksi Bento Mama Suzie



Assalamualaikum wbt....mungkin pada orang lain biasa.. tetapi buat mama...ini suatu kejayaan...kerana masih istiqomah sediakan bento buat anak-anak mama...
 
 



Walaupun kadang penat di office tak hilang...mama gagahkan untuk sediakan bento buat anak2 mama...walaupun simple...mama harap...suatu hari nanti...anak2 mama boleh saksikan kegigihan mama siapakan bento-bento ini buat anak-anak mama...




Mama sangat sayangkan anak-anak mama....semoga anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat.
Tetiba mood keibuan sangat...hahaha....


Agak-agak rajin..cantiklah deco mama...bila agak penat...sesimplenya jer...


Janji mama bawakan bekal...daripada anak-anak mama makan nasi lemak yg tidak berlemak dengan ikan keli sambal potong empat...nugget banyak lemak di kantin sekolah.... mama tak snaggup..



Kepada pengusaha kantin...janganlah fikir untuk kaut keuntungan sahaja...cuba usaha berikan makanan yang bersih dan berkat....kesian anak-anak kami...